Tuesday, April 15, 2014

sabarlah hati....

Assalammualaikum w.b.t

Tajuk entry diatas xde kena mengenal tentang hati @ perasaan terhadap hubungan peribadi!hihihi
Actually hari ni ada something berlaku kat opis nia tapi nia xleh cerita detail la sebab ia akan mengundang provokasi dan kontroversi.
Betapa kesabaran seseorang benar2 teruji dan ia membawa kepada satu keputusan yang drastic. Amboiii, dramatic betul ayat nia kan.hihihihi
Nia pon x tau nak sebelahkan mana2 pihak tapi nia setuju dengan kata2 seseorang ni “masing2 dalam tekanan so bila kesabaran x dapat ditahan maka begini la padahnya”
Soal kesabaran ni memang sukar dijangka sebab nia sendiri pon bukan seorang yang penyabar pon. Lagi2 nia ni cepat emosi.huhuhuhu
Walaubagaimanapun ~ kenapa skema sangat ayat?~ ,nia seorang yang cepat panas and cepat sejuk. Pastu bila da sejuk,cepat2 nia muhasabah diri..hmmmmm
Nia penah tanya pada en. Tunang soal kesabaran ni. Lebih kurang gini la soalannya “ apa akan jadi kalau u da hilang sabar pada sesuatu perkara ?” perghhh,da macam soalan spm je kan.. :P
Maka begini la jawapannya “ entahla,setakat ni belum pernah jadi sesuatu yang macam tu”
Erkkk?ala,jawapan  macam klise je cik abg kita ni...hihihihi
So nia amik kesimpulan yang en. Tunang nia ni seorang yang penyabar berbanding nia.hihihihi
Yelah, selama ni dia selalu sabar melayan kerenah nia yang kadang2 cepat emo and childish T_   T
Tapi penah jugak dia warning jangan uji kesabaran dia lebih2 sebab setiap orang ada had kesabarannya kan. . ok fine,pasni i x buat perangai dah ye... >_<

Kesabaran ni jugak berkaitan dengan perasaan marah. Bila kita marah secara aoutomatik kita akan hilang sabar kan. Sebab tu kadang2 bila dalam keadaaan marah kita akan buat keputusan yang salah. Marah itu datangnya dari api, api pulak berkaitan dengan syaitan. Maka, bila kita marah dan hilang sabar so si syaitan2 ni akan merasuk dan mengapi2kan kita kan. .-nauzubillah min zalik!

Sebab tu setiap kali selepas solat nia xpenah lupa berdoa supaya ditingkatkan kesabaran dalam diri nia untuk menghadapi dugaan dan cabaran yang mendatang. Pulak2 dalam keadaan tekanan kerja dan dateline untuk majlis pernikahan kelak, kesabaran nia pon kadang2  teruji jugak. Memang setiap dari kita takkan terlepas dari ujian dan dugaan dariNya. Insyaallah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dan nia pegang satu ayat ni yang sangat2 bermakna “ sabar itu manis buahnya”......



much loves,
NJ

1 comment: