Friday, April 25, 2014

Hal Kerja

Assalammualaikum w.b.t

Sebak hati nia bila bercakap soal kerja sekarang ni. Hati betul2 dilanda emosi sampaikan bila buka cerita pasal kerja and duit je automatic nia rasa nak menangis... T_T
Ya Allah,hebat sungguh ujian ini.
Disaat nia menghitung hari untuk majlis pernikahan ,dugaan sebegini menimpa. Hmmm , hampir 2 bulan nia xdapat gaji..Gaji >> duit!!!
Tak tahu la nak cerita macam mana tapi nia betul2 rasa teraniaya dan dinafikan hak sebagai pekerja. Memang nia akui setiap syarikat pasti ada masalahnya tapi dalam kes tempat keja nia ni,masalah itu dicari sendiri oleh pihak atasan hingga menyebabkan semua pekerja terpaksa menerima akibatnya.
Dah la kerja x penah abis,pulak tu kerja dalam bidang latihan kemahiran ni pulak kena berhadapan dengan pelatih so memang menguji kesabaran. Kadang2 sampai nia jadi give up dengan kerja ni bilamana kita da bekerja separuh mati tapi langsung tak ada ganjaran. Sedangkan nia memang suka dengan bidang kerjaya ni.
Nia penah dapat offer untuk tempat kerja lain tapi memandangkan nia fikir susah nanti nak buat persiapan perkahwinan kalo duduk jauh so nia tolak dulu tawaran kerja tu. Sampai la 1 hari tu ada seorang senior masa nia belajar dulu dan dia penah bekerja dengan syarikat ni datang and berbual dengan nia. Dia cakap yang nia ada potensi untuk pergi lebih jauh tapi bukan disini,nia kena keluar dari sini dan cuba nasib di tempat lain. Dia siap cakap yang nia kena buktikan yang nia berani untuk bertindak dan bukan hanya biar orang pergunakan kelebihan nia kat sini. Hmmmmmm.....
So nia try apply sekali lagi kerja di tempat yang penah offer nia dulu,harap2 ada rezeki lagi disitu.. actually tempat tu nia penah buat praktikal 6 bulan mengajar dan menyelaras pelatih kemahiran so boss kat situ dah tahu keupayaan dan kebolehan nia  and sebab tu dia offer nia tapi sayangnya masa tu nia  dah 3 bulan kerja disini.
Nia harap rezeki berpihak pada nia untuk kali ini. Walaupun sebenarnya hati masih sayang pada tempat kerja ni tapi nia kena fikirkan masa hadapan kerjaya nia ni, sampai bila nia nak bekerja dengan tekanan dan cabaran sampaikan masalah kerja boleh menjadi punca pergaduhan antara nia dan en. Tunang. Hmmmmm..... >_<

Ok la , xnak la cerita panjang2 nanti lagi bertambah sedih dihati ni. Semoga hati ini terus tabah menghadapi dugaan dan ujianMu Ya Rabbi..Amin.




Much Loves,
NJ

No comments:

Post a Comment