Sunday, May 18, 2014

New Job and New Environment




Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah, syukur ke hadarat illahi sebab nia diterima bekerja di KPM pada 11 mei lalu. Mungkin ini hikmahnya setelah nia menghadapi dugaan dan cabaran di tempat kerja lama. So sehari sebelum tu nia pon bertolak dari taiping ke bukit kayu hitam bersama en. Tunang.
Hmmm, lepas ni nampaknya nia berjauhan la dengan dia sementara nak menunggu hari pernikahan kami nanti... L
So far, da seminggu bekerja nampaknya semuanya berjalan lancar. Yelah sebab nia pon da familiar kat KPM and staff2 kat sini. Cuma lepas ni nia akan start buat persiapan pernikahan disini. Macam2 da plan dalam otak ni and bajet pon da masyuk..hihihihi
Tak  sabar 3x  J
Dan yang paling penting nia akan DIY shawl nikah,shawl majlis bertandang & veil. Semua tu nia akan update for next entry okey... J
Harapan nia semoga perubahan tempat kerja baru ini akan meningkatkan lagi kualiti kerja nia dan semangat mengajar dalam diri nia. Semoga Allah s.w.t memanjangkan rezeki nia disini dan mempermudahkan urusan kerja disini. Insyaallah nia akan cuba memberi yang terbaik dan yang termampu. Amin.

p/s : semakin jauh semakin rindu pada en. Tunang ( sabar ,lagi 4 bulan je.... J )


Much Loves,

NJ

Tuesday, May 6, 2014

wedding preparation part 2

Assalammualaikum w.b.t

Wah,cepatnya masa berlalu.da masuk bulan mei kot.hmmmmmmm
Btw,last week nia da pegi booking baju pengantin kat butik..yuhuuuuu,akhirnya dapat jugak settle hal yang satu ni. Alhamdulillah ada sedikit rezeki yang masuk so nia dengan en. Tunang terus decide nak settlekan hal ni dulu.  Almaklumlah lepas ni kitorang da berjauhan sebab start next week nia kan bertukar tempat kerja nun di utara kedah sana : bukit kayu hitam...jauh baq hang.hihihihihihi
So pagi sabtu lebih kurang jam 9 pagi kitorang terus bertolakke taiping tapi sempat singgah sarapan jap kat kuala kangsar . J
Lebih kurang pukul 11 gitu sampai taiping, nia terus contact tok sedara sebab dia nak suggestkan 1 tempat ni. Katanya butik ni murah sebab wat bisnes dalam rumah je so dia suh nia try survey dulu kot2 berkenan kan. Yelah,nia pon ikutkan je lagipun x salahkan nak survey2 dulu,bukan dia paksa pon suh amik pakej kat situ. So bila sampai rumah kakak ni, terus nia bincang2 and tanya harga pakej dan sebagainya . nampaknya pakej kat situ kurang berkenan dihati...hahahahahaha
Takpelah,nama pon survey kan so kita sebagai pelanggan ada hak la untuk pilih atau tidak.
Lepas abis sesi perbincangan tu, masuk je kereta terus en tunang cakap “ jom kita pegi kat butik yang kita da survey dulu”.. nia pon angguk je kepala sebab memang plan asal nak booking kat butik yang kitorang penah survey dulu iaitu butik D’ Ratu. Masa bulan Mac dulu memang kitorang dah penah survey 4 butik pengantin dan bila da bincang2 and compare harga rasanya butik D’Ratu ni nampak bagus dan berbaloi. J
Ok, warna tema yang nia da plan dari awal2 ialah warna ungu @ purple!!! Feveret kaler nia tau ungu ni. So bila masuk je butik terus nia cakap nak cari baju kaler ungu dan kakak tu tunjuk la koleksi baju pengantin yang kaler ungu dan ada lebih kurang 7 pasang gitu. Belek punya belek tetiba hati berkenan kat baju dress songket. Wow ,klasik gitu.hihihihihi
Nia pon try la pakai dan memang kena dengan bentuk badan. Labuh pon ikut ketinggian nia so x banyak la yang perlu diubahsuai  cuma kena jahit sikit dibahagian pinggang untuk nampak lebih langsing. Nia ada amik gambar masa pakai baju songket tu tapi tak boleh publish sebab nanti da tak suprise.hihihihihihi

So kat sini nia just letak pic baju dress songket yang nia da pilih tu  ye kawan2. Kakak tu cakap sebab dress nia warna light purple so nanti dorang akan pakaikan shawl warna dark purple untuk naikkan seri dan juga veil yang light purple sama macam warna baju. So baru la seimbang kan.








Mesti ramai tanya kenapa nia pilih songket sedangkan material songket kan tebal and mesti panas and berpeluh2 nanti. Hmmm, bagi nia hari persandingan ni sekali seumur hidup so nia nak baju yang lain dari yang lain dan ada sentimental value. Bukan selalu leh pakai baju songket ni and mesti pikir banyak kali kalau nak beli baju jenis songket kan. Lagipon kebanyakan baju yang lain tu kalau material jenis chiffon @ lace mesti design yang sarat and berambu rambai..hihihihi
Nia ni jenis yang simple je so nia rasa pemilihan baju dress songket ni  sesuai dengan citarasa dan diri nia. En tunang pun suka tengok nia pakai dress songket tu. Aummmm,rasa tak sabar nak tunggu hari persandingan nia nanti. Siap berangan lagi macam puteri raja sebab pakai dress songket kan.lalalalala


Much Loves,
NJ