Friday, April 25, 2014

Hal Kerja

Assalammualaikum w.b.t

Sebak hati nia bila bercakap soal kerja sekarang ni. Hati betul2 dilanda emosi sampaikan bila buka cerita pasal kerja and duit je automatic nia rasa nak menangis... T_T
Ya Allah,hebat sungguh ujian ini.
Disaat nia menghitung hari untuk majlis pernikahan ,dugaan sebegini menimpa. Hmmm , hampir 2 bulan nia xdapat gaji..Gaji >> duit!!!
Tak tahu la nak cerita macam mana tapi nia betul2 rasa teraniaya dan dinafikan hak sebagai pekerja. Memang nia akui setiap syarikat pasti ada masalahnya tapi dalam kes tempat keja nia ni,masalah itu dicari sendiri oleh pihak atasan hingga menyebabkan semua pekerja terpaksa menerima akibatnya.
Dah la kerja x penah abis,pulak tu kerja dalam bidang latihan kemahiran ni pulak kena berhadapan dengan pelatih so memang menguji kesabaran. Kadang2 sampai nia jadi give up dengan kerja ni bilamana kita da bekerja separuh mati tapi langsung tak ada ganjaran. Sedangkan nia memang suka dengan bidang kerjaya ni.
Nia penah dapat offer untuk tempat kerja lain tapi memandangkan nia fikir susah nanti nak buat persiapan perkahwinan kalo duduk jauh so nia tolak dulu tawaran kerja tu. Sampai la 1 hari tu ada seorang senior masa nia belajar dulu dan dia penah bekerja dengan syarikat ni datang and berbual dengan nia. Dia cakap yang nia ada potensi untuk pergi lebih jauh tapi bukan disini,nia kena keluar dari sini dan cuba nasib di tempat lain. Dia siap cakap yang nia kena buktikan yang nia berani untuk bertindak dan bukan hanya biar orang pergunakan kelebihan nia kat sini. Hmmmmmm.....
So nia try apply sekali lagi kerja di tempat yang penah offer nia dulu,harap2 ada rezeki lagi disitu.. actually tempat tu nia penah buat praktikal 6 bulan mengajar dan menyelaras pelatih kemahiran so boss kat situ dah tahu keupayaan dan kebolehan nia  and sebab tu dia offer nia tapi sayangnya masa tu nia  dah 3 bulan kerja disini.
Nia harap rezeki berpihak pada nia untuk kali ini. Walaupun sebenarnya hati masih sayang pada tempat kerja ni tapi nia kena fikirkan masa hadapan kerjaya nia ni, sampai bila nia nak bekerja dengan tekanan dan cabaran sampaikan masalah kerja boleh menjadi punca pergaduhan antara nia dan en. Tunang. Hmmmmm..... >_<

Ok la , xnak la cerita panjang2 nanti lagi bertambah sedih dihati ni. Semoga hati ini terus tabah menghadapi dugaan dan ujianMu Ya Rabbi..Amin.




Much Loves,
NJ

Tuesday, April 15, 2014

sabarlah hati....

Assalammualaikum w.b.t

Tajuk entry diatas xde kena mengenal tentang hati @ perasaan terhadap hubungan peribadi!hihihi
Actually hari ni ada something berlaku kat opis nia tapi nia xleh cerita detail la sebab ia akan mengundang provokasi dan kontroversi.
Betapa kesabaran seseorang benar2 teruji dan ia membawa kepada satu keputusan yang drastic. Amboiii, dramatic betul ayat nia kan.hihihihi
Nia pon x tau nak sebelahkan mana2 pihak tapi nia setuju dengan kata2 seseorang ni “masing2 dalam tekanan so bila kesabaran x dapat ditahan maka begini la padahnya”
Soal kesabaran ni memang sukar dijangka sebab nia sendiri pon bukan seorang yang penyabar pon. Lagi2 nia ni cepat emosi.huhuhuhu
Walaubagaimanapun ~ kenapa skema sangat ayat?~ ,nia seorang yang cepat panas and cepat sejuk. Pastu bila da sejuk,cepat2 nia muhasabah diri..hmmmmm
Nia penah tanya pada en. Tunang soal kesabaran ni. Lebih kurang gini la soalannya “ apa akan jadi kalau u da hilang sabar pada sesuatu perkara ?” perghhh,da macam soalan spm je kan.. :P
Maka begini la jawapannya “ entahla,setakat ni belum pernah jadi sesuatu yang macam tu”
Erkkk?ala,jawapan  macam klise je cik abg kita ni...hihihihi
So nia amik kesimpulan yang en. Tunang nia ni seorang yang penyabar berbanding nia.hihihihi
Yelah, selama ni dia selalu sabar melayan kerenah nia yang kadang2 cepat emo and childish T_   T
Tapi penah jugak dia warning jangan uji kesabaran dia lebih2 sebab setiap orang ada had kesabarannya kan. . ok fine,pasni i x buat perangai dah ye... >_<

Kesabaran ni jugak berkaitan dengan perasaan marah. Bila kita marah secara aoutomatik kita akan hilang sabar kan. Sebab tu kadang2 bila dalam keadaaan marah kita akan buat keputusan yang salah. Marah itu datangnya dari api, api pulak berkaitan dengan syaitan. Maka, bila kita marah dan hilang sabar so si syaitan2 ni akan merasuk dan mengapi2kan kita kan. .-nauzubillah min zalik!

Sebab tu setiap kali selepas solat nia xpenah lupa berdoa supaya ditingkatkan kesabaran dalam diri nia untuk menghadapi dugaan dan cabaran yang mendatang. Pulak2 dalam keadaan tekanan kerja dan dateline untuk majlis pernikahan kelak, kesabaran nia pon kadang2  teruji jugak. Memang setiap dari kita takkan terlepas dari ujian dan dugaan dariNya. Insyaallah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dan nia pegang satu ayat ni yang sangat2 bermakna “ sabar itu manis buahnya”......



much loves,
NJ

Saturday, April 12, 2014

mom in law

Assalammualaikum w.b.t

apa motip tajuk diatas ye?
sebenarnya nia xde mak mertua pon lagi cuma bakal mak mertua je .. :)
5 bulan je lagi baru rasmi dapat mak mertua..
btw,1st time nia jumpa bakal mak mertua ni masa hari bertunang la..giler kentang la kan.hihihihi
da macam old style je kan ceritanya.
yelah,nia dengan en tunang pon kenal dalam sebulan terus decide nak bertunang kan so celah mana nak bwa pegi berkenalan dengan family dia so masa hari bertunang la kenal semuanya.
Alhamdulillah,bakal mak mertua and family dia terima nia seadanya.itu yang penting!

nia ingat lagi 1st time bakal mak mertua call,masa ttu dia nak bincang pasal majis merisik+bertunang..ayat pertama yang dia cakap "bakal menantu sihat?"hihihihi...malunya rasa masa tu,nasib baik dalam henpon.kalo depan mata mau merah padam muka nia kan..;)

dia punya peramah macam da kenal lama.nia pulak memang jenis peramah orangnya so layankan je.
ada la 2x dia call before kitorang  bertunang,kira memang bakal mak mertua ni jenis amik berta hal2 family dia. yang lagi best lepas bertunang ni boleh kata every week dia akan call untuk tanya khabar dan borak2 pasal hal wedding..

bila da macam ni,en tunang cakap la "untung la mak sayang kat dia"...hihihihi...erk,jeles ke?
bila dia cakap macam tu,nia terus ingat ada sorang kawan nia masa belajar penah cakap kat nia "panjangnya bulu roma kat tangan hang,nanti kawen mesti mak mertua sayang"...hmmmm,betol ke?

tapi bagi nia,asalkan mak mertua and family dia leh terima nia seadanya pon da syukur alhamdulillah. nia pon sedar nia ni serba kekurangan,so risau jugak kalo org letak high expectation kan..

walaupun sayang macam mana pon mak mertua pada nia,kasih sayang mak sendiri tetap tiada bandingannya..

love u mak and also mak mertua..:)




much loves,
NJ


Thursday, April 10, 2014

Wedding preparation part 1

Assalammualaikum w.b.t


Pejam celik,pejam celik da masuk bulan april. Maksudnya tinggal lagi 5 bulan je nak bergelar isteri orang -- >> mrs.badrulshah J
Masa mula2 bertunang memang nia da siap semua checklist and planning bajet untuk beli barang2 and simpanan untuk melancarkan majlis nanti TAPI....hmmmm,banyak bajet dah lari sebab masalah gaji yang tertunggak disebabkan company ada problem. Mula2 memang agak stress pikirkan hal nie,nasiblah en tunang ni banyak sabarkan nia. Thanks baby J
Mungkin ini salah satu dugaan masa bertunang kot..takpelah,nia pikir positif je and sentiasa berdoa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan pernikahan kami nanti..
Btw, walaupun masalah kewangan melanda tapi nia da dapat beli baju nikah and baju untuk majlis bertandang. Alhamdulillah ,sejuk sikit hati bila da ada barang yang nampak kan. Walaupun agak awal untuk beli baju2 ni tapi bagi nia xpe la sebab biar awal and beli sikit demi sikit supaya tak merasa sangat duit yang keluar kan. Lagipun baju2 nie bukannya basi pon ditelan masa.hihihihihi. Cuma en tunang da pesan jangan nak tengok baju lain and rasa menyesal sebab ada baju yang lawa2 lagi lepas ni.isshh,macam tau2 je kan perangai pempuan a.k.a >>> nia -_”
So,dipendekkan cerita sebenarnya baju2 ni nia beli kat butik area Bandar ipoh. Da lama nia usha fb : moff collection ni sebab memang cantik2 baju ready made kat butik tu. Butik ni wat online bisnes kat fb tapi sebabkan butiknya area ipoh so nia decide nak pegi tengok sendiri. Nia memang jenis x suka shopping baju thru online sebab risau x sesuai,x muat,x sama kaler n macam2 lagi sebabnya.. :p
Sebelum tu memang teruja tengok baju2 kat fb tu,siap download and save dalam lappy. Pastu tunjuk kat en. Tunang baju yang nia nak.hihihihi
Kompom la warna tema untuk majlis nikah warna putih kan,suci n murni..hihihihi


       
          >>>  ni la sebahagian baju2 yang nia berkenan kat fb moff collection 


Bila da sampai area butik moff collection tu,rupa2 nya banyak lagi butik2 sebaris bangunan butik tu. Rambang mata nia dibuatnya. En tunang suruh tengok2 dulu baju kat butik lain sebelum masuk dalam butik moff tu. Eh?? Baju yang nia tengok kat fb moff collection ni ada kat butik lain jugak la..hmmm. Ada lebih kurang 10 butik sebaris dengan bangunan butik moff tu tau,mau tak kelabu mata tengok macam2 baju yang lawa and ohsem!hihihihi. Baju yang 3rd  tu nia try kat fitting room tapi hampa!! Saiz 36 tapi longgar and mengelebeh pada badan nia. Yelah nia ni kan kurus kering je T_T
En. Tunang pon tengok dia rasa x sesuai..hmmm,sedih lak rasanya sebab baju tu memang cantik and ada macam2 pilihan warna >> turquoise,kuning,hijau,merah.. Baju yang 2nd and 1st tu pulak jenis dress and besar jugak, x kena dengan bentuk badan nia. 
Takpe2, en.tunang ajak pegi tengok kat butik2 yang lain dulu. Tengok2 ,belek2 and TERjumpa 1 baju ni. Saiz 36 tapi rasa macam muat je kot so nia try kat fitting room dulu ye. Tadaaa...bila keluar je en.tunang senyum and cakap yang ini sesuai dengan nia. Walaupun saiz 36 tapi elok terletak pada badan nia. Kain pon x nampak sarat and mengelebeh J
Bila tengok price tag RM269.00 so nia tanya tokey kedai tu bape harga dia boleh nego kan,then dia cakap leh bagi RM180!!...eh??biar betik,memang nia ok sangat la dengan harga tu tapi en tunang macam pelik sebab dia kata takkan harga leh nego sampai macam tu kan.. hikhikhik.Memang kalo tengok baju2 kat semua butik area tu  harga RM200 ke atas. Bagi nia affordable la sebab tengok jenis kain and beads @ lace yang ada kat baju tu semua berkualiti kan. Ok,baju nikah da settle then en tunang suruh cari baju majlis bertandang lak. Nia tanya la nak warna apa?? Tapi en tunang cakap ikut suka la,dia x kisah janji nia berkenan and selesa nak pakai.hihihihi.Pusing2 punya pusing tengok baju then nia berkenan dengan baju ni. Kebetulan pulak jenis baju ni ada saiz 34>> saiz paling kecik and sesuai dengan saiz badan nia...oh yeah!!!Baju ni ada 5 pilihan kaler >> pink,hijau,kuning,ungu & turquoise.Kuning & pink memang da out of list sebab en. Tunang xsuka.hahahahahha.So nia amik kaler turquoise la.opkos la my feveret kaler.. J  J  J
Baju ni on sama macam baju nikah,harga asal RM269 tapi bila da nego dapat RM180 gak. En. Tunang da pelik and cakap “ntah2 baju ni asal harga RM200 je kan. Takkan la leh nego sampai macam tu kan..”.Whatever,yang penting nia da dapat apa yang dicari.hihihihihi
So,last but not least nia nia kasi tunjuk sikit baju2 yang nia da beli. Picture ni terpaksa sensored sebab free hair masa tu. So lepas ni misi mencari tudung @ shawl and veil yang sesuai. Yang tu kita sambung part 2 eh..bye2.....

      

Much Loves,
NJ


Tuesday, April 8, 2014

Mengubah sikap

Assalammuaalaikum w.b.t

Macam mana nak ubah sikap seseorang ye?mana boleh wey!!
Penah dengar x? “kita takkan mampu mengubah seseorang itu melainkan dirinya sendiri”
So,buat la macam mana pon kalau tuan punya badan sendiri taknak ubah memang x jadi la.
Hhhmmmmmm....
Sama gak dengan diri  kita ni,mana boleh senang2 orang lain nak ubah kalo kita sendiri x laksanakannya.tapi bagi diri nia,andai orang minta kita berubah kearah kebaikan dan kita patut dan xde apa2 halangan untuk melaksanakannya,apa salahnya kan?tapi org lain,x pasti la.tepuk dada tanya iman. J
Nia penah diuji dulu bilamana berhadapan dengan seseorang yang mempunya bad habit.
Ok,nia mengaku la masing2 ada bad habit termasuk la nia sendiri tapi selagi ia x menyusahkan diri sendiri @ mana2 pihak rasanya xpe la kot eh? . :p
Da puas nia nasihat,pujuk n berdebat pasal bad habit orang tu tapi empunya diri tetap nak pertahankan apa yang salah tu. Tp itu la,macam nia cakap kan kalo tuan punya badan taknak mengubah sikap tu so xkan jadi apa2 la.
Nia pon jadi malas bila duk kecoh@ bising2 sedangkan empunya badan x kisah pon kan,so nia guna alternative akhir à DOA.
Yes.doa!
Nia cuma mampu berdoa supaya empunya badan tu berubah,mungkin dengan berdoa dan meminta supaya Tuhan melembutkan hati dan dapat  mengubah fikirannya untuk berubah ke arah kebaikkan. Hati manusia ni Allah s.w.t yang pegang.
Nia x pernah lupa titipkan doa untuk orang itu menerima petunjuk dari Allah s.w.t dan dapat menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Walaupun sekarang nia da xda kena mengena dengan orang itu tapi sebagai orang yang pernah mengenalinya dulu,nia selalu berharap dia berubah dan menjadi insan yang lebih baik.mungkin nia bukan orang yang mampu mengubah dan membawa dia ke jalan yang benar tapi insyaallah masanya akan sampai jugak untuk dia berubah,mungkin esok,lusa tiada siapa pon tahu kan.





Much loves,

NJ