Monday, March 24, 2014

SAYANGI KAKIMU

Assalammulaikum w.b.t
 Kali ni tajuk entry da macam iklan DBKL je (Sayangi Kuala Lumpur)..hihihihihi
 Ok,kali ni nia nak share pasal penjagaan kaki...almaklumlah orang perempuan kan lebih detail dari segi penjagaan badan,dari hujung kepala sampai hujung kaki.
 Actually,dari dulu lagi nia memang suka sapu losyen kat tapak kaki and keseluruhan kaki tiap2 malam sebelum tido.yelah,masa tu je yang sesuai nak manja2kan kaki kan.lepas siap sapu terus je tido...zzzzzzz
 Tapi semenjak sibuk dengan dunia pekerjaan yang baru ni,aktiviti tu da semakin dilupakan.
kesian kaki ku ini...hmmmm  T_T
 Tapi....
Sejak 2 minggu lepas nia terpaksa laksanakan semula aktiviti tersebut secara konsisten sebab tapak kaki da jadi kasar.ini semua disebabkan karpet dalam opis nia tu la...
(karpet gak yang dipersalahkan)
Kat opis,kitorang semua kena buka kasut dan letak diluar sebab fully karpet dalam tu..tapi takde la karpet lembut macam kt masjid tu,ini karpet yang kaler biru tua n agak nipis sikit.so ,kalo da hari2 ke hulu ke hilir pijak karpet nipis and x berapa lembut maka tapak kaki pon mula jadi x berapa lembut..   T_T
 Haishh,ini x boleh jadi..
 So nia pon ajak en.tunang pegi cari selipar utk pakai dalam opis.mula2 nak beli yang jenis berbulu2  and comel2 macam pakai dalam bilik tido.sekali pegi usha kat kedai D.I.Y, selipar2 jenis tu punya la terlebih comel,sampai x tau nak pilih yang mana 1..tapi tu la en. tunang cakap “x sesuai la pakai selipar macam ni kat opis,nanti student tgk cikgu da macam budak2 je”...  T_T
Hmmmm,potong stim la..baru je nak bergaya dengan selipar comel dalam opis..hihihihihihi
 Dah tu terpaksa la nia cari selipar yang biasa2 tapi still comel..so,tadaaa...ini la selipar tu...comey x kakton???Hahahahahaha
turqoise + pink hello kitty :)

Esoknya nia terus rasmikan selipar tu dalam opis...apa lagi opismate lelaki terus usik “amboi2,siap pakai selipar dalam opis..jaga la sangat kaki tu kan,tau la nak kawen dah x lama lagi”...
cesss,xda maknanya pasal kaki dengan soal kawen kan..kalo x kawen pon still kena jaga kaki gak... :p

Kalo kat opis pon pakai selipar  so kt umah pon nia pakai jugak selipar dalam umah.tapi selipar dalam umah ni special sikit...selipar ni nia beli last year masa internship kt kpm.masa tu ada promoter datang opis wat promosi selipar ni.kiranya ni macam selipar refleksologi la,ada biji-biji tapi  yang bestnya dibuat dari bahan yang kalis air so sangat sesuai dipakai di dalam rumah mahupun opis.cuma selipar ni x boleh pakai kat luar sebab nanti batu2 @ pasir melekat kat celah2 tapak selipar ni.ok,selipar pon da ada..untuk pakai kat opis n rumah.



so terus ke next step....
Maka setiap hari masa mandi nia akan berus kaki guna berus khas untuk buang daki2 atau kotoran pada celah2 jari.pastu nia guna batu apung untuk gosok tumit kaki yang da kasar tu(beli kat kedai D.I.Y  je)




Tadaaaaa....siap!

Eh,belum lagi..bila da siap cuci n gosok tumit kaki,nia rendam lak kaki dalam air suam yang dicampurkan dengan garam.wahhh,da macam buat foot spa pulak ye.
Rendam la kaki tu dalam 15-30 minit,sambil berangan2 ada bibik tolong cuci kaki tu...hahahahhaha
Lepas tu lap kaki dengan tuala then urut la tapak kaki dengan lemah lembut..pastu sapu la losyen kat keseluruhan kaki.xkisah la losyen jenama apa pun.memang ada sesetengah orang akan beli produk khas untuk penjagaan kaki kan tapi bagi nia pakai losyen pon da memadai.

Alhamdulillah,lepas 3 hari je nia buat semua tu terus tapak kakiku kembali lembut bak marshmallow gitu.....hahahahahaaha
So bila semuanya da kembali normal,baru la rasa semangat nak naik pelamin.. Eh?boleh ke macam tu...apa2 je la nia oiii....
Ok guys,setakat ni je perkongsian nia untuk kali ni.sharing is caring.


MUCH LOVES,
NJ






Thursday, March 20, 2014

assalammualaikum w.b.t

hari-hari yang dilalui rasa suram.lemau.penat.stress.bosan

kenapa?kenapa?kenapa?

sampai bila keikhlasan bekerja akan kekal?setiap apa yang dibuat dengan separuh hati.

haaaiissshhh,tak tahu la macam mana nak luahkan tapi rasanya 2 bulan yang penuh dugaan.

mungkin ini ujian yang Allah s.w.t berikan untuk nia. Pulak2 dengan status darah manis ni kan,kadang2 rasa macam x mampu nak hadapinya.

hmmmmmm......

kesian en.tunang,sometime i act like childish and he still calm me down. he also supportive even he more streesed than me.. :(

much loves,
NJ

Monday, March 17, 2014

ABLE UPSI-iGRROW 2014

assalamuaalaikum w.b.t

wuarggghhhh....penatnya rasa hari ni,macam malas je nak menapak masuk ke opis...mata pon da berat n kuyu so touch-up celak lebih sikit kasi besar n berseri..hihihihihi

hai all,hari ni nia nak share program yang berlangsung kat tempat keja nia ni. Btw,dari hari jumaat lagi tempat nia ni dikunjungi adik2 dari UPSI untuk program Agriculture Business Real Exposure (ABLE).

so ,malam pembukaan tu masa dorang sampai student2 dari igrow ni da buka langkah menyambut tetamu..


memang nampak teruja la adik2 dari UPSI ni bila kedatangan dorang disambut macam tu kan..malam tu jugak CEO of iGROW bagi sikit talk pasal keusahawanan.duk bla..bla..bla sampai la pukul 11.30 malam and dorang pon beransur balik ke kediaman homestay masing2..zzzzzz

ok,hari sabtu tu lak start dari pagi memang jadual dorang adat ngan aktiviti2 yang telah disusun seperti :
  1. lawatan cili fertigasi
  2. lawatan ke pusat kraf labu pulau tiga
  3. kelas teori dan amali ruminan (kambing)
  4. kelas teori dan amali akuakultur
  5. sukaneka


tapi untuk semua aktiviti di atas tu nia tak terlibat secara langsung pon..hihihihi
semuanya di uruskan oleh trainer2 and staff yang lain.jom layan jap gambar2 semasa aktiviti hari sabtu tu.






da settle aktiviti siang ,malam tu pulak ada acara bbq and karaoke lak..amboi2,nia siap kena jadi juri pertandingan karaoke...hahahahaha...memang keja jadi bidan terjun la,hentam saja la labu.lagipon aktiviti santai kan.nia bergandingan ngan sorang staff dari Upsi ni untuk judge pertandingan malam tu.


                                   

ada gaya macam juri Malaysian Idol x?hihihihihihi...........

aktiviti malam tu selesai hampir jam 1 pagi..memang meletihkan dan nia sendiri x sempat merasa sikit pon ayam bbq tu... :(
balik je umah terus tido sebab esoknya nia kena jadi trainer untuk mengajar kelas teori dan amali ladang.
tapi.......pusing kiri pusing kanan mata taknak pejam,otak asyik pikir camna nak handle program esoknya..last2 memang xlena sangat pon tido tu...hmmmmmm

7.30 am nia da masuk opis dengan mata yang sembab sebab x cukup tido!!oh nooooo...... T_T
xpe2,nia kuatkan semangat n pikir positif je..start susun peralatan dan bahan untuk aktiviti ladang sementara tunggu kedatangan adik2 Upsi.
  

                               

lebih kurang puku 9 pagi bermula la aktivti ladang.mula2 nia bagi short briefing kat dorang dan terus sambung ke aktiviti amali di ladang. hari tu dorang didedahkan dengan 4 aktiviti amali iaitu :
  1. membuat baja kompos
  2. menyediakan campuran media semaian
  3. menyemai biji benih bendi
  4. menuai hasil ( bendi,kacang panjang & kangkung)





alhamdulillah,kelas teori yang dijalankan selesai dengan jayanya..terima kasih adik2 upsi atas kerjasama dan perhatian semua.bila da abis tu semua pakat ajak nia bergambar beramai2 untuk kenang-kenangan..horayyy...




rasa lega je nia bila tanggungjawab yang diberikan selesai dilaksanakan.. :)
so petang tu terus ada majlis penutup lebih kurang jam 2.30 petang..
xtau dah nak taip apa so layankan je gambar2 ni ye..

persembahan penutup : tarian dan nyanyian lagu kebudayaan negeri perak

ini la penyanyinya -->> inchek tunang saya (aishiteru baby.hihihihi)

penyerahan cenderahati dari pihak igrow - upsi

sesi bergambar dengan semua peserta dan staff ( nia xde pon dalam pic ni.. T_T )

ok,setakat ni je untuk kali ini..rasanya ini entry yang paling panjangpenah nia taip untuk blog ni.hahahaha
nak sambung wat keja,petang ni ada kelas dengan student pulak.. :)
daaaaa.....


much loves,
NJ

Wednesday, March 12, 2014

Dia -- >> Inchek Tunang

Assalammualaikum w.b.t

Hai,happy wednesday . Tetiba rindu and ingat kt En.Tunang a.k.a Badshah...Amboi2 nama da macam hero Hindustan kan.hihihihi..iyelah kot,muka pon iras2 mix mamak pastu suka sgt makan kat Vanggey... :p


Kadang2 nia x sedar yang nia ni rupanya berstatus tunangan orang..hmmmmm,camne tu eh?
Bukan apa,benda ni rasa macam mimpi n cepat je terjadi dalam hidup nia. Kenal dalam seminggu lebih ,dia terus melamar nak nia jadi teman hidup dia..and we’all got enggaged after 7 weeks  we meet. Whoaaa......so suprising,tapi tula namanya da JODOH kan,Allah sw.t permudahkan jalan cerita kami ni. So,tinggal lebih kurang 6 bulan je lagi kami akan disatukan. 6 BULAN?apa pun x start lagi ni,camne nie? T_T

Relaks2,cool down nia..kan da siap semua planning and paper work pasal wedding ceremony ni..amboii2,xmo kalah siap ada paper work lagi..kelas kau nia!!hihihiihihi

Ok,Alhamdulillah setakat ni our relationship dalam keadaan baik2 saje,masih dalam proses kenal hati budi. I’m so touching bila dia boleh terima nia seadanya,sanggup bersabar dengan kerenah nia yang kadang2 emo tak tentu pasal... :p
Nia harap segala urusan pernikahan kami nanti dipermudahkan,majlis yang penuh keberkatan dan dapat meraikan semua tetamu yang datang dengan kesederhanaan tetapi meriah.Amin

Untuk awak En. Tunang -- >>  semoga awak mampu membimbing nia mendapat redha Illahi,menjadi imam untuk nia dan bakal anak2 kita nanti. Moga pernikahan kita nanti kekal hingga ke akhir hayat,bahagia dalam keluarga yang mawadah,sakinah dan warahmah.Amin

Last but no least ...
Aishiteru  <3
                           
                                                                                                                 



Much loves,

NJ

Monday, March 10, 2014

MARI MEWARNA



Assalammualaikum w.b.t

Masa duk lepak2 kat kafe sementara tunggu waktu nak makan,si kecik molek jasmin ni datang bawa buku mewarna gambar barbie. Suka sgt dengan si jasmin ni sebab dia peramah n comel.walaupun baru umo 6 tahun tapi petah bercakap n bercerita.Dia panggil nia kakak,alololo...kakak la sangat,patutnya dia panggil nia ni makcik dah sebab dia sebaya anak- anak sedara nia.Anak sedara nia yang paling besar pon da umo 12 tahun tau.hihi         



 
                                                                                                                                    
P/s : opismate2 cakap muka nia nak iras2 dgn jasmine ni,da macam anak n ibu.hihihihi


Ok,duk syok tengok jasmin mewarna tetiba tangan pon gatal nak join sekali, so saje je cakap “min,kakak nak warna boleh?”Apalagi suka la si jasmin ni siap tunjuk mana gambar yang nia kena warna kan.hihihihihi
Tadaaa....ni la hasil mewarna style budak besar.hohohohoho..nia warnakan sikit je,lagipun saja suka-suka je kan.



Pastu lepas siap je terus si jasmin jadi excited nak abis warnakan semua gambar2 barbie tu.Ok,teruskanlah,akak nak makan...hihihiihi















Much loves,

NJ

Thursday, March 6, 2014

Assalammualaikum w.b.t...
hai everyone...eh,macam ramai je follower kan..hihihihi
oh yeahhh,da setahun lebih baru nak update new post!!!apakah da berlaku nie...hmmmm,ini semua sbb cik M n S yang melingkari hidupku ini... M? S? apa tu???!!!
M stands for malassss and S stands for sibukkk....hihihihihihihihi (poyo punya jawapan)

ok,lupakan la pasal M n S tu,jom kita mulakan kisah baru di tahun baru... hmmmm,da bulan mac kot tahun baru lg ke beb???hahahahaha

ok,i janji pasni every week i akan update blog nie ye..idea da mencurah2 di kala ini nak memblog kan diri...
so,stay tune babe...

take care,
much love
Nj