Monday, March 24, 2014

SAYANGI KAKIMU

Assalammulaikum w.b.t
 Kali ni tajuk entry da macam iklan DBKL je (Sayangi Kuala Lumpur)..hihihihihi
 Ok,kali ni nia nak share pasal penjagaan kaki...almaklumlah orang perempuan kan lebih detail dari segi penjagaan badan,dari hujung kepala sampai hujung kaki.
 Actually,dari dulu lagi nia memang suka sapu losyen kat tapak kaki and keseluruhan kaki tiap2 malam sebelum tido.yelah,masa tu je yang sesuai nak manja2kan kaki kan.lepas siap sapu terus je tido...zzzzzzz
 Tapi semenjak sibuk dengan dunia pekerjaan yang baru ni,aktiviti tu da semakin dilupakan.
kesian kaki ku ini...hmmmm  T_T
 Tapi....
Sejak 2 minggu lepas nia terpaksa laksanakan semula aktiviti tersebut secara konsisten sebab tapak kaki da jadi kasar.ini semua disebabkan karpet dalam opis nia tu la...
(karpet gak yang dipersalahkan)
Kat opis,kitorang semua kena buka kasut dan letak diluar sebab fully karpet dalam tu..tapi takde la karpet lembut macam kt masjid tu,ini karpet yang kaler biru tua n agak nipis sikit.so ,kalo da hari2 ke hulu ke hilir pijak karpet nipis and x berapa lembut maka tapak kaki pon mula jadi x berapa lembut..   T_T
 Haishh,ini x boleh jadi..
 So nia pon ajak en.tunang pegi cari selipar utk pakai dalam opis.mula2 nak beli yang jenis berbulu2  and comel2 macam pakai dalam bilik tido.sekali pegi usha kat kedai D.I.Y, selipar2 jenis tu punya la terlebih comel,sampai x tau nak pilih yang mana 1..tapi tu la en. tunang cakap “x sesuai la pakai selipar macam ni kat opis,nanti student tgk cikgu da macam budak2 je”...  T_T
Hmmmm,potong stim la..baru je nak bergaya dengan selipar comel dalam opis..hihihihihihi
 Dah tu terpaksa la nia cari selipar yang biasa2 tapi still comel..so,tadaaa...ini la selipar tu...comey x kakton???Hahahahahaha
turqoise + pink hello kitty :)

Esoknya nia terus rasmikan selipar tu dalam opis...apa lagi opismate lelaki terus usik “amboi2,siap pakai selipar dalam opis..jaga la sangat kaki tu kan,tau la nak kawen dah x lama lagi”...
cesss,xda maknanya pasal kaki dengan soal kawen kan..kalo x kawen pon still kena jaga kaki gak... :p

Kalo kat opis pon pakai selipar  so kt umah pon nia pakai jugak selipar dalam umah.tapi selipar dalam umah ni special sikit...selipar ni nia beli last year masa internship kt kpm.masa tu ada promoter datang opis wat promosi selipar ni.kiranya ni macam selipar refleksologi la,ada biji-biji tapi  yang bestnya dibuat dari bahan yang kalis air so sangat sesuai dipakai di dalam rumah mahupun opis.cuma selipar ni x boleh pakai kat luar sebab nanti batu2 @ pasir melekat kat celah2 tapak selipar ni.ok,selipar pon da ada..untuk pakai kat opis n rumah.



so terus ke next step....
Maka setiap hari masa mandi nia akan berus kaki guna berus khas untuk buang daki2 atau kotoran pada celah2 jari.pastu nia guna batu apung untuk gosok tumit kaki yang da kasar tu(beli kat kedai D.I.Y  je)




Tadaaaaa....siap!

Eh,belum lagi..bila da siap cuci n gosok tumit kaki,nia rendam lak kaki dalam air suam yang dicampurkan dengan garam.wahhh,da macam buat foot spa pulak ye.
Rendam la kaki tu dalam 15-30 minit,sambil berangan2 ada bibik tolong cuci kaki tu...hahahahhaha
Lepas tu lap kaki dengan tuala then urut la tapak kaki dengan lemah lembut..pastu sapu la losyen kat keseluruhan kaki.xkisah la losyen jenama apa pun.memang ada sesetengah orang akan beli produk khas untuk penjagaan kaki kan tapi bagi nia pakai losyen pon da memadai.

Alhamdulillah,lepas 3 hari je nia buat semua tu terus tapak kakiku kembali lembut bak marshmallow gitu.....hahahahahaaha
So bila semuanya da kembali normal,baru la rasa semangat nak naik pelamin.. Eh?boleh ke macam tu...apa2 je la nia oiii....
Ok guys,setakat ni je perkongsian nia untuk kali ni.sharing is caring.


MUCH LOVES,
NJ






No comments:

Post a Comment